Selepas PM Mengadap Agong, Ini Nasihat Tuanku Kepada Rakyat Dan Ada Kaitan Dengan Tun M

1200

AI-SuItan AbduIIah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menerima menghadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi Mesyuarat Pra-Kabinet mingguan kali ke-30, yang disifatkan Istana Negara sebagai ‘amat bermakna’.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, mesyuarat di Istana Melawati, Putrajaya bermula pada 8 pagi dan berlangsung selama 45 minit.

” Mesyuarat pada hari ini amat bermakna kerana ia merupakan kali ke-30 Seri Paduka Baginda bersama Perdana Menteri sejak AI-SuItan AbduIIah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 pada Januari tahun ini.

” Ini menunjukkan bahawa AI-SuItan AbduIIah bukan saja amat prihatin dalam hal ehwal pengurusan dan pentadbiran negara malah yang juga penting, Seri Paduka Baginda mengambil perhatian serius dalam hal ehwal kebajikan rakyat jelata,” katanya.

” AI-SuItan AbduIIah juga amat terperinci, di mana Seri Paduka Baginda sentiasa meluangkan masa untuk meneliti memorandum, nota jemaah menteri dan laporan, sehari sebelum setiap Mesyuarat Pra-Kabinet diadakan,” katanya

Ahmad Fadil berkata, AI-SuItan AbduIIah amat peka ketika mesyuarat berlangsung dan Seri Paduka menggunakan buku nota kecil untuk mencatat butiran perbincangan.

Menurutnya, Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Dr Mahathir.

Mesyuarat itu selama 30 hingga 40 minit, pada kebiasaannya berlangsung pada Rabu atau Jumaat (sekiranya persidangan Dewan Rakyat berlangsung).

Mesyuarat tetap dijalankan jika Perdana Menteri tidak dapat menghadirinya dan beliau diwakili oleh timbalannya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Mesyuarat Pra-Kabinet, bagaimanapun, tidak berlangsung jika hari terbabit jatuh pada cuti umum atau jika pada hari berkenaan berlangsung majlis atau acara rasmi negara seperti Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi pada Mac lepas.

Agong minta rakyat bersabar dan beri kepercayaan kepada PM

” Keprihatinan dan keperibadian tinggi AI-SuItan AbduIIah turut terserlah apabila Seri Paduka Baginda menitahkan agar Mesyuarat Pra-Kabinet bersama Perdana Menteri diadakan di Istana Melawati dan bukan di Istana Negara seperti kebiasaan yang diamalkan terdahulu.

” Ini untuk memudahkan pergerakan Perdana Menteri supaya beliau tidak perlu ke Istana Negara dari pejabat beliau di Putrajaya,” katanya.

Ahmad Fadil berkata, Seri Paduka berangkat dari Istana Negara pada 7.15 pagi dan tiba di Istana Melawati pada 7.50 pagi untuk persediaan bagi Mesyuarat Pra-Kabinet yang bermula pada 8 pagi.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja berkata, Seri Paduka turut menasihati rakyat jelata supaya bersabar dan memberi kepercayaan kepada Perdana Menteri dan Kabinet dalam usaha mensejahterakan negara dan juga rakyat jelata.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here