Dua Beradik Tak Jadi Akad Nikah Semalam Selamat Diijab kabulkan Hari Ini..

96

Pasangan adik beradik Siti Rokiah Ismail,27  dan adiknya Nurul Jannah Ismail,25 telah selamat diijab kabulkan bersama pasangan masing-masing di Masjid Kampung Bukit Payong kira-kira pukul 2.30 petang tadi. 

Majlis Akad Nikah mereka yang sepatutnya diadakan pada hari jumaat 29 november terpaksa ditangguhkan kerana bakal pengantin lelaki terkandas dalam banjir sejak semalam.

Walau bagaimanapun pada pagi tadi paras air telah surut dan membolehkan majlis akad nikah mereka dilaksanakan.

Berikut merupakan beberapa gambar sekitar majlis pernikahan mereka berdua.

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru min ucapkan kepada Siti Rokiah Ismail dan pasangan, Jun Endri Salwadi serta Nurul Jannah Ismail dan pasangan, Muhamad Faizal Nawang. Semoga ikatan perkahwinan kalian kakal sampai ke Jannah. Aamiin.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Sumber: lepatpisang.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here